Luxor telah ditubuhkan pada tahun 1932. Sejak hampir satu abad yang lepas, Luxor telah melalui banyak krisis global dan berkembang daripada sebuah perniagaan keluarga kepada sebuah korporat yang kukuh di Malaysia. Kejayaan Luxor sememangnya adalah dibina berdasarkan amalan yang berhemah dan pegangan nilai murni.
Dengan kepimpinan Encik Gary Yow, selaku Pengarah Urusan Kumpulan Luxor, Luxor telah berjaya mempelbagaikan perniagaannya dalam bidang perladangan, pembangunan hartanah, pelancongan, pengangkutan, perkakasan, penjagaan kulit & kosmetik, runcit dan jualan langsung. Hari ini, Luxor Holding memiliki lebih daripada 20 anak syarikat.